Tuesday 26 July 2011

Ramadan terakhir

Ramadan Terakhir slot Samarinda TV3

~Semalam teman tengok lah slot terbaru samarinda yang mengantikan citer annissa..muka tengok tajuk citer mcm best aje..peh tu..teman pun layan lah citer nie walaupun teman memang tak berminat sangat nak tengok citer slot samarinda..bukan pe..labat sgt nak tunggu kul 10.30mlm baru mula..disebabkan malam tadi teman lambat tido..jadi teman layan lah slot nie..mula citer aje best dimana esma daniel dapat tau dia kena HIV Positif..peh tu...bini dia plak jenis queen control..suka membebel...anak laki dia plak suka enjoy kat club malam..anak pompuan dia ok..sembahyang n amat menyanyangi orang gajinya..dia panggil orang gaji dia mak hawa..mie baru episod 1..tak sabo nak tengok malam nie plak..
so kiranya aku dah ada hobi baru sekarang...~
Jom kita tengok citer ramadan terakhir



Sempena sambutan kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan, hikmah dan keistimewaan ini TV3 menyiarkan drama bersiri Ramadan Terakhir dalam slot Samarinda yang menggantikan drama Annissa.
Ungku Ismail Aziz sebagai pengarah juga penulis skrip dan di terbitkan oleh Radius One. Pelakonnya pula terdiri daripada Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna.



Sinopsis:
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap penyakit  kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Ketahui jawapannya dalam Ramadan Terakhir sebuah kisah penuh penyesalan dan konflik yang bersiaran sebanyak 15 episod, setiap selasa hingga khamis, jam 10.30 malam di TV3.


 

No comments: