Friday 30 December 2011

Holiday Ke????

Start esok dah mula cuti..cuti tahun baru...lepas sikit tension kat kepala otak aku nie...sekarang aku rasa kepala aku ini memanjang pening..adakah aku terkena buatan orang????apa pun mula esok aku nak restkan badan kat pulau pangkor..macam pergi bercuti aje sedangkan balik kampung suami aku..diakan orang pulau..aku aje orang darat..hihihi..
dah jugak last cerita aku untuk tahun 2011..nanti dah buka cerita baru ditahun baru

Thursday 29 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat datang dan selamat tahun baru kepada semua umat manusia di muka bumi ini..Pastinya kita akan merindui tahun 2011..banyak cerita suka duka kita pada tahun ini..perkara yang berlaku anggap saya dugaan dan cabaran..walaupun tahun ini aku memang banyak sangat diduga..Tahun 2012 pastinya ditunggu dengan perasaan gembira..usia makin meningkat,anak-anak makin membesar,rezeki yang berlipat kali ganda,keluarga yang bahagia dan sebagainya lah..macam aku tahun 2012 aku akan diberi rezeki baru..alhamdulillah..Allah S.W.T murahkan rezeki anak-anak.Setiap anak pasti ada rezeki mereka..Sesungguhnya tahun 2011 banyak mengajar aku erti  dewasa,menjadi seorang ibu dan isteri yang selehah...Aku cuba buat yang terbaik pada mereka walaupun kadang-kadang aku rasakan aku terlalu tegas dengan anak-anak..terutama danish..Aku berharap tahun 2012 aku menjadi seorang ibu yang lembut tetapi tegas dalam sesetengah perkara.

Friday 23 December 2011

sustagen di Alamanda

Masa ni dapat sms dari pihak sustagen kasi tau ada event dia buat kat alamanda..untuk gift aku pergi lah jap..dapatlah mainan kapal terbang..peh tu danish main permainan yang disediakan..dapatlah paper beg isi 3 paket susu..ok lah janji danish happy..
pintu masuk

nak bergambar tapi tak pandang kamera

adik tumpang abang boleh....

muka relax alisha

sama tak kami adik beradik..

along kata senyumlah adik..

Kesian Alisha

Wajah alisha semasa rawatan di klinik nadir khan,wangsa maju

meronta-ronta mintak lepas

penat sudah

siap pejam mata lagi..penat sangat..

kesian anak mama..

gambar bawah..masa nak g ke klinik nadir lagi seminggu selepas gambar diatas....kena buat rawatan lagi sebab kahak masih banyak dan doktor cakap kahak ini kahak masa dia lahir lagi tu yang susah dia nak sembuh...masa nie alisha relax lagi...

siap bawa kereta lagi anak mama nie

main apa tu sayang..

senyum alisha

papa dah sampai..alisha kena duduk kat mama balik..

muka alisha..dia pun tak tau apa doktor nak buat dengan dia...

meronta lagi..

penat..

Tapi alhamdullilah sekarang alisha makin sihat..batuk masih ada tapi tak lah teruk macam dulu..
terima kasih Doktor Nadir Khan,Klinik Wangsa

tarian cuti-cuti 1 Malaysia

Citer lama baru nak keluarkan..sebelum nie sibuk dengan masalah kesihatan my father..sekarang baru ada mood nak citer k..tengoklah betapa happynya kitaorang kat dataran merdeka tau..walaupun terpaksa bangun pukul 5 pagi untuk naik bas..last-last kena tinggal terpaksa bawa kereta sendiri nasib baik aku memang dah biasa dengan jalan KL senanglah nak g sana..parking kereta kat jalan masjid india sebab senang lepas tarian kita g shopping n cuci mata..
di pagi hari..dalam kul 6.30pagi kat padang

senyum..

wah....huhuhuu

cik lily kita..

makin berisi aku sekarang..oh tidakkkkkkk..

lagi ketara..mungkinkan sebab baju nie besar @memang aku yang besar..

gambar punggung orang aje

kepala orang plak

kawan KKM

Macam tarian zapin aje nie

belon...

bersama ayuni..dia nie baru habis kerja malam

lily dan ayuni

kami bertiga..

jumpa kawan kolej..suka sangat

apa ayunin buat tuuu..

kami bertiga berposing lagi..tapi orang yang ambik gambo nie tak pandai tangkap..huhuhuhu

Tuesday 20 December 2011

Cerita 2011

Pejam celik pejam celik...dah nak masuk tahun barukan...lagi tinggal beberapa hari untuk tahun 2012..banyak kisah suka duka pada tahun 2011 ini yang manis untuk disimpan, tak berapa nak manis pun banyak gak..macam2 peristiwa berlaku sekelip mata..macam tak percaya aje..cepat masa berlalu..peristiwa yang mengejutkan kami sekeluarga apabila my father masuk hospital..sepanjang usia dia menjangkau 55tahun..nielah tahun pertama dia masuk hospital.lepas tu dibedah atas sebab masalah usus dan hati..mendengar berita dia mengidap kanser lagilah membuat hati kami sekeluarga luhur,hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan kami semua masa tu..bagai tersentap sekejap jantung kami semua..tak tau nak pikir apa..cuma terbayang pemergian dia sekiranya dijemput Ilahi..Hanya doa dan harapan sahaja yang bermain diminda kami semua,memohon kepada Allah S.W.T memanjangkan usia beliau,semua nie tidak kami jangkakan kerana engku seorang yang periang,peramah,serta kuat semangat dan seorang yang sihat fizikal..tak nampak pun tanda-tanda seperti orang sakit.sebelum engku dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh aku and family ada balik kampung masa awal muharram hari tu..masa tu engku sihat sahaja..selang seminggu my mother call kata engku masuk hospital sebab sakit pada bahagian perut,masa tu aku ingat tak teruk sangatlah..masih uat biasa2 aje..lepas perbedahan usus aku dimaklumkan engku kena g Hospital Selayang plak sebab engku ada masalah hati plak..masa tu aku tak tahu pun engku kanser..aku ingatkan ketumbuhan aje..bila sampai ke hospital selayang baru doktor maklumkan engku kanser.aku tak menangis pun bila dapat tahu engku kanser tapi hati aku remuk macam kena langgar dengan kereta aje..sakit sangat..tapi bila aku tengok muka engku aje..tiba-tiba aku rasa hati aku sedih sangat..aku pun lari keluar n menangis...sebab malu orang dengar aku menangis dalam hati aje..airmata aje yang mengalir..bila aku tengok adik beradik aku menangis..aku bertambah sedih seolah-olah masa engku sudah tiba..Tapi alhamdullilah Allah S.W.T masih memberi peluang untuk engku meneruskan hidupnya..seperti peluang ke-2,aku berharap engku semakin sembuh dan kuat semangat..walaupun hakikatnya jodoh,maut ditangan Allah S.W.T..kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan hidup dan mati seseorang.aku berharap engku diberi kekuatan untuk menentang segala penyakit yang hidapinya.Terima kasih kami sekeluarga ucapkan kepada kakitangan hospital selayang Wad 8D Aras 8,kakitangan Wad pemerhatian Aras 5,sepanjang engku di hospital doktor dan nurse sentiasa memberi perkhidmatan terbaik untuk beliau,melayan segala kerenah beliau..Tidak dapat dibalas dengan kata-kata tapi semoga Allat S.W.T membalas setiap kebaikan mereka merawat engku sepanjang beliau dihospital..terima kasih..korang semua memang terbaik....tidak lupa juga pegawai dietetik (Che Wan)kerana menyediakan hidagan yang berkhasiat kepada bapa saudara beliau..terima kasih diucapkan.terima kasih kerana menjaga beliau sepanjang beliau dihospital..
Peristiwa manis tahun 2011 apabila kami dikurniakan zuriat ke-2 baby girl..bertambah lengkaplah keluarga kami berdua..kehadiran Alisha menyerikan lagi rumahtangga kami.kemudian ditambahkan lagi dengan rezeki-rezeki akan datang..Alhamdullilah..Syukur kepada-Mu Ya Allah.
lepas tu...sekarang genap 3 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan,ditambah pulak dengan rezeki KWSP.Alhamdullilah.. Syukur kepada-Mu Ya Allah.
banyak peristiwa yang best tahun nie sampai aku sendiri dah lupa peristiwa tu...apa pun..setiap tahun pasti ada cerita manis dan pahit untuk kenangan kita kan..lumrah hidup..................
Apapun...selamat tinggal 2011 selamat datang 2012..banyak cerita akan tercatat dalam sejarah

gambar diambil masa engku dah semakin sembuh..masa wayar banyak-banyak dulu tak mau ambil..sedih sangat tengok dia masa tu..

wajah alisha sekarang..makin aktif tu sebab nampak susut badan dia...




Wednesday 14 December 2011

Rindu Blog

Sejak my father sakit..dah lama aku tak layan blog...rasa malas n tak ada mood aje..selagi my father tak sihat hati nie rasa tak tenang aje...tadi my mother call cakap my father boleh keluar wad sudah..lega hati aku dengar macam tu..kurang cikit risau dihati nie..walaupun result pembedahan dia belum kami sekeluarga tahu..tahap keberapa kanser my father...my father seorang yang kuat semangat..dia memang sangat tabah menerima dugaan dari Allah S.W.T,..mungkin kekuatan dia untuk terus hidup adalah.isteri tercinta,anak-anak,menantu dan cucu...sebab inilah dia cepat sembuh agarnya..dan aku berharap semoga dia terus sihat dan jauh dari segala penyakit yang berbahaya...biarlah dia hidup 1000 tahun lagi...bermain bersama cucu-cucu tersayang...tiba masa untuk rehat plak..

Kami semua amat sayang engku....Terima Kasih engku..kau seorang ayah yang penyayang..

Rezeki...Alhamdulillah...Syukur kepada Mu Ya-Allah

Tadi gatal-gatal buka penyata gaji bulan nie...ingat belum masuk g...sekali buka slip gaji dah ada...tengok berapa dapat..walaupun tau...tak ada ubah punya.....tertiba..kenapa banyak sangat gaji aku nie...tengok satu persatu...wah..........bonus masuk sekali lah...best..best...
tak sabar nak tunggu Harimau meraung minggu depanlah...tapi tengok gaji n bonus...teringat plak hutang..habis duit aku.....huhuhuhuhu

Wednesday 7 December 2011

Kasih seorang ayah..

kasihnya ibu...
membawa ke syurga...
kasihnya ayah...
sepanjang masa.....

bila dengar baris lirik ini pasti kita akan terkenangkan jasa dan pergorbanan mereka membesarkan kitakan...begitu juga aku...dalam sekelip mata kami sekelurga di uji..mungkin tidak seteruk nasib orang lain tapi kesannya pada kami sekelurga amat mendalam..terutama mak..orang yang amat di kasihi dan cintai kinio terlantar sakit di hospital..walaupun mak tidak menitiskan airmata depan kami adik beradik tapi hakikatnya ati dia menangis..merintih sedih dengan apa yang berlaku...
kami memanggil dia dengan panggilan engku...kenapa kami memanggil dengan panggil ini...susah untuk aku menerangkan..mungkin memang sudah lumrah alam..panggilan itu digunakan dari nenek moyang kami lagi...engku seorang ayah yang penyayang...seorang yang caring anak-anak..seorang yang pemurah senyuman..happy..dan yang penting sekali seorang suami yang amat-amat mengasihi isteri...
pada usia beliau 55tahun..semuanya berubah...engku jatuh sakit..dimasukakn ke hospital..menjalani pembedahan pertama..usus..kemudian..direfer ke hospital selayang...masalah hati....sinilah bermulanya penderitaan engku..disahkan mengidap kanser hati...engku tidak pernah menitiskan airmata mahupun menunjukkan riak muka sedih pada kami sekeluarga...walaupun engku buat seperti tidak berlaku apa2..dari anak matanya terlihat kerisauan di hati..memikirkan nasib diri..memikirkan anak2..memikirkan cucu yang masih kecil...belum mengerti apa2..paling menyentuh hati aku...anak sulung ku..baru berusia 3 tahun..menanyakan pada ku.."mama...along nak tengok tok tan...mama bawaklah...menitis airmata aku bila mendengar..demi kasih tok pada cucu aku bawak..dalam perjalanan nak berjumpa engku...dia berkata lagi..mama nie..menangis..menangis..along bukan buat apa pon...along nak jumpa tok tan aje..itu pun nak menangis..lagi kuat hati aku menangis..apa yang dia tahu..tok tan dia sakit...tapi dia tidak tahu sakit apa yang ditanggung oleh tok tan dia...
aku mengambil keputusan supaya anak2ku melihat tok tan mereka..membakar semangat dia untuk terus hidup..bermain bersama cucu2..kami adik beradik membawa semua cucu2 dia untuk membakar semangat dia..mana tahu selepas melihat cucu2 dia..dia kuatkan semangat untuk menjalani pembedahan terbesar..
pada 7hb jam 1.30 tengahari..engku ditolak ke bilik pembedahan..pada jam 5.00 petang doktor memberitahu pembedahan berjaya..keadaan engku stabil...Alhamdullilah..ingatkan langit selalu cerah...tapi mendung ditengahari...berita yang amat mengejutkan kami sekelurga..engku mengidap kanser hati..walaupun hati engku yang rosak berjaya dibuang semuanya...engku masih kena jalani...ujian lagi..sungguh berat derrita engku...engku tidak tahu yang dia mengidap kanser...kami tidak mahu engku terus down semangat dia...memang lambat laun..dia kena tahu jugak..tapi dia sembuh dulu baru kasi tahu hal sebenarnysa...macam mana reaksi dia bila dapat tahu...harap engku terima dengan hati yang tabah...
ingin aku bercerita dengan panjang lagi..tapi saat nie...aku terlalu sedih..sehingga tidak mampu lagi meneruskan penulisan ku..setaklat nnie sahaja...
doakan kesihatan ayahku..semoga dia cepat sembuh dan jalani kehidupan seperti biasa macam insan lain...

We love Engku...(Wan Abdul Razak bin Wan Othman)