Thursday 11 August 2011

Kasih seorang insan yang bergelar Ibu..

Kisah yang amat menyentuh jiwa dan raga ku bila membaca citer  kat blog seseorang..mula2 aku malas gak nak baca tapi disebabkan tajuknye mcm best aje..'abang tunggu mak di syurga ya!'so aku pun tersentaplah membacanya...
masa baca kisah nie..memang mcm biasa aje citernye..tapi time kat tengah citer...ati aku tetiba aje rasa macam...sakit dan pedih sangat.jantung aku rasa terhenti sekejap..n aku pun mulalah mengalirkan airmata..mungkin naluri seorang ibukan..memanglah cepat tersentuh bila baca cetir macam nie..melibatkan plak kisah ibu dan anak..lagilah..cepat aku menangis....huhuhuhuhu...
~kisahnya macam nie...~

mula dah story...

Al-fatihah buat Adik Iqbal Fahreen Hamdan

Kisah benar :"Abang,Tunggu mak di syurga ya"
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. walaupun muka sembap,perut membusung namun mak nampak ketenangan paada wajah abang.
mak ambik pisau. amak potong baju t-shirt yang tersarung pd tubuh abang.baju terakhir yg abang pakai,Mak terpaska potong kerana baju itu tidak muat utk melalui perut abang yang buncit.
tapi mak akan simpan baji itu.Mak tak cuci sesekali boleh mak cium baju itu,sekadar pengubat rindu dihati mak.Kemudian abang kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan.Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang.Hanya mak dan abah sahaja.Mak tak mahu orang lain.Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah berkaca-kaca setitis dua air matanya tumpah mengalir ke pipi tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang,jangan nangis,Kita selesaikan hingga Ke titisan terakhir,"Begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan mak bantu abah kapankan jenazah abang.Pun hanya kami berdua juga.Biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak,Jangan menangis.tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir.Abah pula selepas mengucup dahi abang cepat2 abah menjauh memaling muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi.Dan buat kali terakhir itu juga mak usap dahi abang.Mak senyum lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan:"Abang tunggu mak  di syurga ya!"

Akhirnya wajah abang ditutup. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir.
Ramai betul jemaah yang turut serta.Setelah itu,Kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk kedalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang.Alhamdulillah,semua kerja dipermudahkan.Abang sudah selamat disana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yg datang.Abang nak tahu,ada 1 soalan yg mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang ditelinga maka.Tanya mereka"Kakak uruskan jenazah anak kanding sendiri tapi setitis airmata tak jatuh ke pipi?Kenapa kakak tidak menangis?'itu soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman.Kenapa mak masih mampu tersenyum disaat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu,mak duduk disatu ruang tamu rumah.amak terpikir tentang soalan mereka.mak tak tau nak jawab apa.Kemudian mak ternampak sebuah diari diatas para disudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Didalamnya tercatat peristiwa yang berlalu seppanjang 4 tahun 2 bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh!banyak sungguh memori yg tercatat didalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembus nafas terakhir.Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi.Mak rasa disinilah terkandung jawapan yg mak cari-cari.

Januari 2011 -Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak kata doktor semua organ dalaman abang dah rosak sudah reput.tak boleh diselamatkan lagi.Tidak mengapa.Hati mak berkata,cukuplah!tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Febuari 2011-Hari ini ulang tahun ke-4 abang.Dua hari sebelum itu mak tanya abang nak kek apa?Abang jawab,Kek lori sampah!
Hah hah..tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah.Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah meli.lilau sekitar kuala lumpur tapi tak jumpa kek macam tu.Tak ada yang anggu buat kek macam yang abang minta
Mak kecewa!selama ini mak tunaikan apa saja permintaan abang tapi kali iki mak gagal.mak belikak kek coklat strawberi sebagai penganti.

Dengan perut membusung dada berombak kerana sukar bernafas abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan2 yg datang,sama2 menyanyikan lagu hari jadi abang.Dan ketika itu hati mak sudah terdetik mungkin ininhari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011 -Keadaan abang makin kritikal.Perut abang semakin membesar.Abang tak mampu bergerak lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas sahaja.Mak tak tahan lihat keadaan abang

Mak bawa abang ke ijn rumaj kedua abang sepanjang tempoh hayat abang.kata doktor tiada apa yang boleh dilakukan  lagi sekarang.

Abang hanya menanti waktu mak angguk pelahan.Mak redha.Dalam hati mak juga sudah berkata abang sudah tidak lama lagi.

Para ibu wad tersebut asyik bertanya pada mak macam mana dengan abang?Mak jawab "InsyaAllah,Abang akan sihat!'
mak terpaksa cakap begitu pada mereka,sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abg sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama masing2 bertarung dgn ujian apabila anak yg dikasihi ditimpa penyakit.Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka.Pahit biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari ahad mak pinta kebenaran doktor utk bw abg pulang kerumah.Doktor izikan.Biarlah abang habiskan waktu2 terakhir bersama keluarga.Dan disaat-saaat akhir ini mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Dirumah setiap hari mak akan tanya :"Abang nak apa hari ini?

Mak masih ingat pada suatu pagi abang jawab "mak abang nak naik kereta bomba!"
mak termenung dengar permintaan abang.Bila abah pulang kerumah terus mak ajak abah keluar.Abah tanya pergi mana?mak jawab "balai bomba"

Sampai disitu mak minta izin pegwai bomba.Mak kata abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba.Pegawai itu garu2 kepala kemudiannya mengeleng-geleng kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab lantas mak tarik baju abang ke paras dada.Separuh berbisik mak beritahu pegawai itu "encik ini anak bingsu saya dan hanya menanti masa untuk pergi!benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

bila lihat perut abang yg buncit dan dada yg dipenuhi kesan parut dan jahitan pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kinci dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang letakkan keatas tempat duduk bahagian pemandu.Abang nampak gembira sgt biarpun hanya 15minit shj.abang tak perasan mak paling muka lima saat.Sekadar mahu mengelap titisan air mata yg mula bertakung.

hari lain mak tanya lagi "Abang nak apa?"

Abang jawab :Abang nak naik lori sampah!

Mak dukung abang,tunggu depan rumah.Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutin mengutip sampah mak tahan lori  itu.

Encik Anak saya teringin naik lori ni.Boleh izinkan sebentar?

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak.Kemudian mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama.Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang,Letakkan ditempat duduk pemandu.Ada antara pekerja itu yg memalingkan muka tak sanggup lihat abang lama2.Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya..Setiap hari mak akan tanya kepada abang,Abang kalau nak tengok gajah.mak bawakan ke zoo.walaupun abang tak larat jalan tak apa mak dan abah tidak kisah kami silih ganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung mak bawa ke taman burung.Abang kata nak main permainan robot,mak bawa ke kompleks beli belah yang ada permainan seperti itu.Kemana saja abang nak pergi semuanya mak tunaikan.

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa.Macam2 abg teringin nak mkn.martabak,nasi parpik,milo ais,cendol dan mcm2 lagi..semuanya mak tunaikan walaupun jam menunjukkan jam 3pg.

Apa saja yg teringin oleh tekak abg semua mak cari walaupun abang cuma sekadar menjamah sesudu dua shj.

Mak tahu mak faham masa abg bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011 - Abang semakin krikal...nak bercakap pun dah tak mampu lagi..apatah lagi utk bergerak.Mata kuyu hanya terbaring sambil memeluk aina anak patung kesayang abang.Mak ajak abah bwk abg ke hospital.

kali ini kita bawa abang Ke IJN tapi  kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tak bernafas.

itu kata2 mak  pada abah sebelum bertolak ke IJN.Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku.Sampai diIJN abang terus ditempatkan di wad khas utk pesakit kritikal.

5 April 2011 - Mak telefon sekolah asrama kakak yg sulung di seremban.Mak minta pelepasan daripada cikgu utk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat.Saya mahu kakak-kakaknya berada disamoingnya pd saat terakhir!

itu kata2 mak pd cikgu dan akak diizinkan pulang pd hari ini.Kemudian Dr adura,Doktor yg sinonim merawat abang datang melawat.
Mak mmg rajin bercerita dengan dr.Adura.Kebetulan mak ceritakan yg mak terkilan tak dpt tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011 - Pagi dr adura datang melawat abang.Kemudian Dr.Adura beritahu ada surprise utk abang tengah ari nanti
Rupa-rupanya tengahari itu datang tetamu yg juga rakan2 alam maya dr adura membawa kek lori yg abg mahukan seblm ini.

Ada dua kek mereka bawa.Mak tak sangka.Dr Adura tulis didalam blognya kisah abang dan ramai yg mahu menyediakan kek yg abang pinta.

Sekali lg para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun utk abang.tapi abg kurang ceria wajah abang nampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011 - Berbentuk lori warna pink utk abg.Tapi abg sekadar lemah.Abang sekadar terbaring merenung kek itu.Malam itu semasa jururawat mengambil tekanan darah abg bacaanya meningkat naik tapi hati mak dpt rasakan abg sekadar mahu m'redakan keresahan hati mak.Malam itu hanya mak berdua dengan abg shj didalam bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat.Mak duduk di sebelah abang mak peluk dan usap rambut abang.Mak menangis teresak-sak bagai anak kecil.

Dalam tangisan itu mak katakan pada abang :"mak tahu abang nak senangkan hati mak.Abang tak perlu buat macam tu.Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan2 abang.Pergilah.Mak sudah sedia.Mak redha segalanya.Mak puas dapat sempurnakan apa saja hayat yg abang pinta.Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika sahaja!"

Abang hanya diam memandang mak dengan pandangan lesu.Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya.Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu.Ya,mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pd abah agar bawa semua anak2 datang ke hospital.Masa abang dah dekat sangat.Mak lihat abang dah kritikal.Wajah abang sudah tampak biru,Lebam,dada berombak,Tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi.Makan minum pun tak mahu.Pukul 8.00pagi abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long baca yassin disebelah abang.Mak suruh abah baca juga tapi bacaan abah tersekat-sekat krn cuba menahan tangisan.

Pukul 3ptg abang makin lesu.Lantas mak ajak abg keluar berjalan-jalan

"Abang nak tengok matahari tak?jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!

Abang hanya mengangguk lemah.Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin.Abang mahu minum air coklat.Tapi abang hanya minum seteguk.kemudian abg lentokkan kepala pd bahu mak.

Abang tu tengok kat luar tu.nampak tak sinar matahari tu?cantikkan?

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yg kelihatan dicelah2 rintik hujan yg turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu.Kemudiaan abg lentuk balik

Tiba2 jantung mak berdegup kenyang.

"bang,jom naik.abg nak tidur!mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan diatas meja."

mak tahu masa abang sudah hampir tiba!

Sampai wad mak baringkan abang atas katil.Dan abg terus merintih dalam nada yg lemah.Makkkkkkk..sakit perut...!"

dan abang terus memanggil ..."makkkkk".Suara abg perlahan amat sayu bunyinya.Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang,Hari ini waktu ini mak redhakan abang pergi.Mak halalkan segala makan minum abang.Mak halalkan sir susu mak untuk abang.Pergilah abang.Mak izikan abang pergi!"

Mak ucapkan kata2 itu sambil merenung jauh kedalam mata abang yang semakin kuyu.Saat abang sedang nazak itu mak panggil kakak2 agar mengucup abang selagi abang masih bernafas.Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"kakak,kalau kamu semua nak menangis keluar dr bilik ini.Mak tak mahu abang dengar kamu menangis,jangan seksa abang dengan tangisan kamu".
Mak marah mereka buat begitu pada abang.Mak tak mahu abang lihat kami menangis pemergian abang.Mak tahu abang akan jadi lebih sedih dan berat hati utk pergi bila melihat kami menangis disaat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami.Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik meraup wajah menahan suara tangisan.

Jururawat yg ada dalam bilik juga menangis mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu.Mak tak mahu orang luar lihat.Mak tak mahu ada orang menangis disaat abang akan pergi.Setitis dua mengalir juga air mata mak.Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang.Mak izinkan.mak izinkan....pergilah..dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas......

Pukul 3.50ptg akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini.Innalillah..Mak kucup dahi abang.Mak bisikkan di telinga abang :"Tenaglah abang disana.Suatu hari nanti mak juga pasti akan turuti jejak abang.Abang....tunggu mak di sana ya! Disyurga.,..

Abang,Sekarang mak dah dapat jawapan.Mengapa mak tidak menangis?

1. abang telah ditakdirkan menjadi ahli syurga yg akan membantu mak disana nanti.

2. apa saja keinginan abang semasa hayat telah mak tunaikan.Tiada lagi rasa terkilan dihati..

3.Segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang.Mak telah sunatkan dan buat
akikah untuk abang.

4.Mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya,sentiasa berada disisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

5.Mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang.Mak jadi kaya dengan kehadiran abang.Kaya kesabaran,tawadhuk,keredhaan,kaya keimanan,ilmu,pengetahuan dan kaya kawan.

mak telah beri segala-galanya melebihi 100% untuk abang.Mak telah beri yg terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat.Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.....biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang......mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat2 terindah kehadiran abang dlm idup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik iqbal fahreen hamdan anak bongsu daripada lima beradik.Abang masuk hospital seawal dua minggu akibat menghidapi 5 jenisKompilikasi jantung termasuk kekurangan injap,jantung berlubang dan saluran sempit.Abang telah menjalan pelbagai siri pembedahan seawal usia 2 minggu dan antara pembedahannya gagal.Malah abang pernah disahkan mati apabila jantungnya berhenti berdenyut.Walaupun pd awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir kedunia namum ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia 4tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dakam hidup jamilah(ibu) dan hamdan(bapa).


 ~gambar2 arwah adik iqbal fahreen hamdan semasa hayatnya masih ada~














No comments: