Tuesday 20 December 2011

Cerita 2011

Pejam celik pejam celik...dah nak masuk tahun barukan...lagi tinggal beberapa hari untuk tahun 2012..banyak kisah suka duka pada tahun 2011 ini yang manis untuk disimpan, tak berapa nak manis pun banyak gak..macam2 peristiwa berlaku sekelip mata..macam tak percaya aje..cepat masa berlalu..peristiwa yang mengejutkan kami sekeluarga apabila my father masuk hospital..sepanjang usia dia menjangkau 55tahun..nielah tahun pertama dia masuk hospital.lepas tu dibedah atas sebab masalah usus dan hati..mendengar berita dia mengidap kanser lagilah membuat hati kami sekeluarga luhur,hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan kami semua masa tu..bagai tersentap sekejap jantung kami semua..tak tau nak pikir apa..cuma terbayang pemergian dia sekiranya dijemput Ilahi..Hanya doa dan harapan sahaja yang bermain diminda kami semua,memohon kepada Allah S.W.T memanjangkan usia beliau,semua nie tidak kami jangkakan kerana engku seorang yang periang,peramah,serta kuat semangat dan seorang yang sihat fizikal..tak nampak pun tanda-tanda seperti orang sakit.sebelum engku dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh aku and family ada balik kampung masa awal muharram hari tu..masa tu engku sihat sahaja..selang seminggu my mother call kata engku masuk hospital sebab sakit pada bahagian perut,masa tu aku ingat tak teruk sangatlah..masih uat biasa2 aje..lepas perbedahan usus aku dimaklumkan engku kena g Hospital Selayang plak sebab engku ada masalah hati plak..masa tu aku tak tahu pun engku kanser..aku ingatkan ketumbuhan aje..bila sampai ke hospital selayang baru doktor maklumkan engku kanser.aku tak menangis pun bila dapat tahu engku kanser tapi hati aku remuk macam kena langgar dengan kereta aje..sakit sangat..tapi bila aku tengok muka engku aje..tiba-tiba aku rasa hati aku sedih sangat..aku pun lari keluar n menangis...sebab malu orang dengar aku menangis dalam hati aje..airmata aje yang mengalir..bila aku tengok adik beradik aku menangis..aku bertambah sedih seolah-olah masa engku sudah tiba..Tapi alhamdullilah Allah S.W.T masih memberi peluang untuk engku meneruskan hidupnya..seperti peluang ke-2,aku berharap engku semakin sembuh dan kuat semangat..walaupun hakikatnya jodoh,maut ditangan Allah S.W.T..kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan hidup dan mati seseorang.aku berharap engku diberi kekuatan untuk menentang segala penyakit yang hidapinya.Terima kasih kami sekeluarga ucapkan kepada kakitangan hospital selayang Wad 8D Aras 8,kakitangan Wad pemerhatian Aras 5,sepanjang engku di hospital doktor dan nurse sentiasa memberi perkhidmatan terbaik untuk beliau,melayan segala kerenah beliau..Tidak dapat dibalas dengan kata-kata tapi semoga Allat S.W.T membalas setiap kebaikan mereka merawat engku sepanjang beliau dihospital..terima kasih..korang semua memang terbaik....tidak lupa juga pegawai dietetik (Che Wan)kerana menyediakan hidagan yang berkhasiat kepada bapa saudara beliau..terima kasih diucapkan.terima kasih kerana menjaga beliau sepanjang beliau dihospital..
Peristiwa manis tahun 2011 apabila kami dikurniakan zuriat ke-2 baby girl..bertambah lengkaplah keluarga kami berdua..kehadiran Alisha menyerikan lagi rumahtangga kami.kemudian ditambahkan lagi dengan rezeki-rezeki akan datang..Alhamdullilah..Syukur kepada-Mu Ya Allah.
lepas tu...sekarang genap 3 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan,ditambah pulak dengan rezeki KWSP.Alhamdullilah.. Syukur kepada-Mu Ya Allah.
banyak peristiwa yang best tahun nie sampai aku sendiri dah lupa peristiwa tu...apa pun..setiap tahun pasti ada cerita manis dan pahit untuk kenangan kita kan..lumrah hidup..................
Apapun...selamat tinggal 2011 selamat datang 2012..banyak cerita akan tercatat dalam sejarah

gambar diambil masa engku dah semakin sembuh..masa wayar banyak-banyak dulu tak mau ambil..sedih sangat tengok dia masa tu..

wajah alisha sekarang..makin aktif tu sebab nampak susut badan dia...




No comments: