Bila tengok gambar nie kat FB..hati ini macam panas aje..macam ada sesuatu nak mengalir pada mataku..tapi aku tahan kerana perasaan malu...Syukur alhamdullilah..masa ada orang yang mengingati engku....tak putus-putus orang kampung menziarahi beliau dirumah semenjak beliau pulang ke kampung halaman...terima kasih kepada kekawan engku yang sudi menziarahi beliau..semoga kehadiran korang dapat mengurangkan kesakitan yang beliau hadapi sekarang..bagi engku..dia terasa seperti diingati walaupun dia bukanlah PM atau wakil rakyat..cukuplah sekadar orang masih mengingati Wan Abdul Razak tukang kebun sekolah rendah kampung awah..bagi aku pulak..perasan sedih melihat engku yang semakin kurus dan nampak wajahnya seperti dimakan usia...melihat pada anak matanya...nampak kesedihan dan kesakitan yang selama ini dia lalui..senyumannya seperti merahsiakan perasaan sebenar dia...dari senyuman dia aku tahu...engku tak mahu sahabat-sahabatnya melihat dia dalam keadaan seperti sekarang...mungkin bagi beliau senyum menunjukkan dia semakin sembuh..tapi hakikatnya engku masih risaukan kesihatan beliau..risaukan anak-anak..risaukan isteri yang terpaksa bekerja bagi menbantu beliau..risaukan cucu-cucu..sempat@tidak mengenali wajah tok tan mereka..
aku sentiasa mendoakan engku cepat sembuh..dah Allah S.W.T memanjangkan usia beliau seribu tahun lagi..
aku bukan meminta simpati sesiapa pun..cuma sekadar ingin menceritakan kisah Seorang Lelaki bergelar Ayah..Dalam dunia ini..hanya anak derhaka saya yang tidak sayangkan ibubapanya..bagi anak-anak yang soleh dan solehah..pasti ingin menjaga ibubapanya hingga akhir hayat mereka..
(lihatlah wajah ayahku...terpancar kesakitan yang dia lalui masa dihospital..semoga engku semakin sembuh..)
No comments:
Post a Comment