Friday 29 July 2011

Raja buah-buahan

sedapppppppppppppp betul makan buah durian nie...
mula-mula malu..lama-lama abis 1 pinggan aku sebat..tak sedor..seronok sgt dok berborak dengan akak ipar sampai licin durian dalam pinggan aku makan...hahahaha..hubby aku siap perli lagi..td kate tak mau...
aku dengan muka yang merah mcm udang kena bako pun jawablah..dah rezeki depan mate..tak kan tengok aje...makan lah apa g..
durian kampung nie...lemak berkrim disukai ramai..

tu tangan danish..cibuk aje budak nie lah


cup kek azim

minggu lepas birthday anak buah..azim ke-6tahun..ibu dia order cup kek dengan akak ipar teman..so ari sabtu tuuu jugaklah g anta cup kek azim tapi kat klinik dahlia aje lah sebab ibu dia tengah kerja masa tu..
cup kek azim..

cantik n memang sedap..

sapa-sapa nak order leh lah..kena kasi tau awei lah cikit..1minggu sebelum nak buat majlis..
1cup kek =RM1.70sebiji
rasa memang sedap n korang akan pueh ati..harga pun tak mahal sgt tau..min order 50biji


Bomba..oh bomba..

Minggu lepas punya citer...baru nak masuk..huhuhu..my hubby berniaga kat dataran nilai pada 20&21 ogos
2011..kat sana ada buat hari bertemu warga nilai.kita orang tumpang sekaki aje walaupun bukan warga nilai.(bunyi ayat berlagak).tak kisahlah janji anak kita orang cukup hepi ari tuuuuuuuuu..aku pun dah jadi macam kanak-kanak riang aje dok layan kerenah anak aku nie..suruh ambik gambolah..ajak main bola kat padanglah..semua org dok tengok aku menendang bola..apa nak buat tak layan anak merajuk..layan ajelah..

danish n sepupu
nak bergombo tp tak mau tengok kamera.
 senyum....kambing aje danish nie


tengok dia buat muka mcm tu plak

atas bot bomba






ateh moto beso

penuh gaya

nie senyum ke?

si tupai..

tupai g..nie depan gerai kita orang



danish didukung oleh tupai...




Thursday 28 July 2011

Tahniah Kak Sue

My member opis dah selamat melahirkan baby girl pada 22.07.2011 kat hospital putrajaya..yang bestnya..katil dia dok tuuu...tempat aku masa melahirkan alisha..Wad 2A katil 01.Maaflah lambat publish.kabel HP tak ado.nie pun pinjam kabel HP member.(tq Sal) kalau tak..tak dptlah den nak tunjuk gambo baby girl kak sue..
kepada yang belum tengok baby kak sue..meh tengok kat blog saya nie...huhuhu(sori kak sue..masukkan gambo baby tanpa kebenaran terlebih dahulu)
 Buat kak sue..Selamat berpantang,selamat menganti puasa nanti,selamat jadi mummy yang baik ati...kena lebih matang lepas nie..

nie lah kak sue..(jiran sebelah tempat)

macam tak sakit aje dia kan..releks aje..ubat tahan sakit ada g..tunggu lah nanti-nanti..

ceria muka..seronok katakan

nie lah puteri sulung dia..comel kan

muka sapa agaknya..yang pasti mulut tuuuu...ikut muka mummy dia

wah..ramai sungguh yang nak tengok aku upanya..

menu hospital putrajaya untuk org lepas bersalin

sedap tul lauknya...tapi tau sapa yang ambik.........

aku la..tapi dengan izin dari tuan empunya nasi nie tau...kenyang perut aku ari tuuuuuu...

~Lepas kak sue..masih belum ada pengganti lagi..tak taulah giliran sapa plak lepas nie..yang penting bukan aku k..aku baru aje bersalin...hahahahaha~

Tuesday 26 July 2011

Ramadan terakhir

Ramadan Terakhir slot Samarinda TV3

~Semalam teman tengok lah slot terbaru samarinda yang mengantikan citer annissa..muka tengok tajuk citer mcm best aje..peh tu..teman pun layan lah citer nie walaupun teman memang tak berminat sangat nak tengok citer slot samarinda..bukan pe..labat sgt nak tunggu kul 10.30mlm baru mula..disebabkan malam tadi teman lambat tido..jadi teman layan lah slot nie..mula citer aje best dimana esma daniel dapat tau dia kena HIV Positif..peh tu...bini dia plak jenis queen control..suka membebel...anak laki dia plak suka enjoy kat club malam..anak pompuan dia ok..sembahyang n amat menyanyangi orang gajinya..dia panggil orang gaji dia mak hawa..mie baru episod 1..tak sabo nak tengok malam nie plak..
so kiranya aku dah ada hobi baru sekarang...~
Jom kita tengok citer ramadan terakhir



Sempena sambutan kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan, hikmah dan keistimewaan ini TV3 menyiarkan drama bersiri Ramadan Terakhir dalam slot Samarinda yang menggantikan drama Annissa.
Ungku Ismail Aziz sebagai pengarah juga penulis skrip dan di terbitkan oleh Radius One. Pelakonnya pula terdiri daripada Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna.



Sinopsis:
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap penyakit  kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Ketahui jawapannya dalam Ramadan Terakhir sebuah kisah penuh penyesalan dan konflik yang bersiaran sebanyak 15 episod, setiap selasa hingga khamis, jam 10.30 malam di TV3.


 

Monday 25 July 2011

Kenapa ibu menangis

Jom kita berkongsi cerita nie..lepas habis baca aje.kepala terus teringat mak kat kampung..betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..hanya ibu aje yang mengerti..setiap titisan airmatanya ada makna tersendiri..sayangilah lah dia sementara masa ada lagi..jangan kita sia-siakan airmata ibu..sesungguhnya..syurga itu di telapak kaki ibu..

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

~ KAMI SAYANG MAK...TERIMA KASIH MAK~

Sunday 24 July 2011

Kursus Budaya Kerja Cemerlang Siri 2/2011

Walaupun citer minggu lepas..tapi teman yang citer jugak...minggu lepas teman n the geng..g kursus kat FAMA PD..18.07.2011 hingga 20.07.2011(3hari 2malam)..memang bestlah kat sana..yang penting makanan chef diaorg masak memang sedapppppppppppp sehingga menjilat jari...kalu dok sebulan kat sana mahu gemuk balik teman nie....tapi masa kat sana control cikit makan walaupun masa tuuuuu..nafsu makan kuat tapi teman tahan gak lah..tak ambik banyak..takut gemuk..kolestrol tinggi...
bertolak dari PUTRAJAYA Ke FAMA jam 9.30pg...
sampai....terus lapor diri dan masuk dewan...dengar ceramah....
peh tu...makan tengah ari...check in bilik...peh tu...g dewan dengar ceramah lagi..LDK1..minum petang..aktiviti riadah...makan malam..masuk bilik..mandi..rehat jap...g dewan semula..dengan ceramah..minum malam..g keluar bandar jap..teman member cari gam cap gajah..sebab kasut tercabut tapak..esok nak kembara...
esok paginya teman kena g kembara..memang penat merentas 8.5km...ikut laluan laut n bukit....kena hempas dengan ombak yang kuat...sakit tengkuk tak ilang lagi sampai sekarang...terasa seksa tul masa tu....abis hp masuk air...nasib baik hp leh on lagi...kalu rosak kena beli barulah nampaknya...melayang duit aku nanti..tapi hp member teman rosak...cian dia...apa pun kitaorg berjaya jugak merentas lautan n bukit-bukit..lalu kat belakang hotel lah..sekolah lah..kem tentera lah..pantai lah..umah orang lah..walaupun ada gak yang pengsan sekejap sebab tak cukup oksigen...
Time ada aktiviti..memang best kursus nie..tapi time dengar ceramah..mengantuk giler...bosan mendengar..
thank kepada tuan haji kerana bersama kami 3H 3M kat FAMA PD..
Kalau diberi peluang lagi..memang teman nak g sana g..memang best kat FAMA PD..
adalah cikit gambo masa aktiviti dijalankan kat sana...macam-macam gaya ada..huhuhuhu

apa agaknya yang difikirkan..

wah..main tali pun sempat bergaya gak..

tiup belon...tapi belon teman aje yang tak pecah..

mari menguji minda.mana satu keratan nie..

teman siap bangun lagi...hahahaha

pening dah kepala teman memikir...tak jumpa lagi jawapan

senyum.......senyummmmmmmmm


akhirnya..dapat gak selesaikan masalah nie..
peace....

poco-poco..kumpulan durian n rambutan kena denda

pikir jangan tak pikir

 
                                                      gelak ketawa geng durian..

        
durian..durian..durian..mangga..hihihihi

tunggu giliran nak kena tembak nie...muka ready aje..(geng mangga)

geng langsat..